70 peratus sekolah-sekolah di Saratok, Sarawak, dikategori sebagai sekolah daif dan hampir kesemuanya adalah sekolah rendah.

Ahli Parlimen Saratok merangkap Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berpendapat sekolah yang berkaitan perlu dibina semula. Ini kerana membaiki atau membaik pulih struktur bangunan yang telah usang, bukan jalan penyelesaian terbaik.

Bangunan sekolah yang daif dengan persekitaran yang tidak kondusif memberi impak kurang baik pada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkaitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini