Sekolah-sekolah di Melaka disaran memperbanyakkan program hijau termasuk menyertai Program Eco Schools, seiring  misi kerajaan negeri menuju ke arah negeri lestari 2035.

Menurut Exco Pendidikan dan Teknologi, Datuk Rais Yasin, ia juga menggalakkan pelajar untuk sentiasa memulihara dan memelihara alam sekitar. Sejak dilaksana pada 2016, sebanyak 135 sekolah rendah dan menengah di Melaka daripada keseluruhan 315 sekolah telah menyertai Program Eco Schools.

Daripada jumlah itu, 17 sekolah telah menerima pengiktirafan Eco Schools dengan 5 sekolah mendapat Anugerah Tertinggi Green Flags. Untuk tahun 2022, 10 sekolah disasarkan untuk mendapat Anugerah berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini