Kementerian Pendidikan, KPM sedang berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah sekolah tumpang melibatkan 23 sekolah di Sabah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata 20 daripada sekolah berkenaan telah mendapat peruntukan RM706 juta untuk pembinaan bangunan sekolah masing-masing.

Manakala peruntukan bagi tiga sekolah lagi sedang diusahakan.

Akuinya, Sabah mempunyai lebih banyak sekolah tumpang berbanding lain-lain negeri dan ini menjadi cabaran infrastruktur bagi KPM.

Beliau menyatakannya dalam sidang media selepas merasmikan Bangunan Baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Libaran di Sandakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini