Meskipun hampir dua tahun negara menghadapi situasi getir COVID-19, sektor agromakanan mencatat pertumbuhan memberangsangkan pada kadar 2.3 peratus pada tahun 2020.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, ia dijangka terus berkembang pada kadar 4.3 peratus, tahun ini.

Jelasnya, melalui inisiatif pelan pemulihan negara, tahap sekuriti makanan negara kekal terjamin bagi keluarga malaysia.

Malah Kementeriannya telah merangka strategi di bawah Dasar Agromakanan Negara 2.0 yang diyakini mampu merancakkan pengeluaran makanan sekali gus menyumbang kepada pengukuhan sekuriti makanan negara.

Datuk Seri Dr Ronald menyeru semua pemain industri menjalin usaha sama dengan kementerian atau jabatan dan agensi di bawahnya.

Ia bagi mengenal pasti ahli-ahli yang layak menerima manfaat dengan program-program kementerian, sama ada untuk meningkatkan kapasiti keluaran, pembangunan tanah atau mempercekap rantaian pembekalan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-28 Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini