Hampir RM90 juta kerugian dialami sektor agromakanan akibat bencana banjir yang melanda negara sejak bulan lalu.

Angka ini meningkat setiap hari berdasarkan tinjauan serta bancian semasa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Bagaimanapun, Ketua Setiausahanya, Datuk Haslina Abdul Hamid memberi jaminan bekalan dan rantaian makanan dalam negara tidak terjejas.

Selain bantuan kemanusiaan menerusi MAFI Prihatin, haiwan peliharaan dan ternakan turut diberi perhatian.

Kolaborasi bersama doktor pelatih veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) turut dilakukan untuk merawat haiwan terkesan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini