Kesan perubahan iklim terhadap sektor agromakanan, khususnya tanaman padi semakin dirasai.

Buktinya, dalam tempoh lima tahun sejak 2017, 40,828 hektar tanaman padi di semenanjung Malaysia musnah akibat banjir.

Manakala 9,336 hektar lagi rosak akibat kemarau. 

Bagi mengurangkan impak perubahan iklim terhadap sektor agromakanan, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, aktiviti pertanian mampan yang mesra alam dan berdaya tahan terhadap iklim akan dipergiat.

Turut dilaksana, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan dengan kaedah teknologi berasaskan iklim.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini