Sektor ekonomi dan pelancongan di Kedah mulai rancak dengan peralihan negeri tersebut ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara PPN bermula semalam kecuali Langkawi yang terlebih dahulu beralih ke fasa tersebut.

Premis perniagaan dan lokasi pelancongan semakin bertambah pengunjung bukan sahaja dalam kalangan warga tempatan tetapi pengunjung luar.

Pertambahan ketara berlaku sejak kebenaran rentas negeri 11 Oktober lalu dan cuti perayaan Deepavali. Ia menyaksikan kedatangan pengunjung dari luar terutama Lembah Kelang ke lokasi pelancongan sepeti dataran Bandar, Masjid Zahir, Pekan Rabu dan Menara Alor Setar.
 
Manakala pengoperasian pejabat kerajaan negeri Kedah dan persekutuan menyaksikan kehadiran seratus peratus kakitangan. 

Manakala mercu tanda Kedah, Menara Alor Setar juga mencatatkan peningkatan 13,000 pengunjung sejak kebenaran rentas negeri. Kebanyakan pengunjung datang berkeluarga bagi menyaksikan panorama indah bandaraya Alor Setar.

Pelbagai tawaran menarik diberikan kepada pengunjung antaranya, pelantar kaca “star view” yang telah mencapai sasaran lebih 57 peratus kehadiran pengunjung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini