Sektor koperasi mencatat perolehan sebanyak RM37.9 bilion dengan jumlah keseluruhan anggotanya sebanyak 7.08 juta orang.

Menurut laporan Perangkaan Koperasi Malaysia 2021, bagi Wilayah Persekutuan, RM4.67 bilion perolehan direkodkan pada tahun 2021, membabitkan 1,104 koperasi dengan keahlian seramai 2.28 juta.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM Cawangan Wilayah Persekutuan perlu memainkan peranan mereka dalam pembangunan Gerakan Koperasi secara holisitik.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Wilayah Persekutuan 2022 yang  bertemakan 100 tahun Koperasi Membangun Keluarga Malaysia di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini