Sektor lebuh raya telah memberi impak kepada ekonomi negara dari tahun 1974 hingga 2018 dengan mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM51.1 bilion.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sektor tersebut juga berjaya menyediakan 290,000 peluang pekerjaan secara langsung. 

Menurutnya lagi, sehingga kini, terdapat 30 lebuh raya yang sedang beroperasi dan lima lebuh raya dalam pembinaan di bawah pengawalseliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Beliau berharap syarikat konsesi lebuh raya terus memberikan komitmen dalam menyediakan dan menyelenggara fasiliti serta perkhidmatan berorientasikan pengalaman terbaik pengguna. 

Ia dapat dicapai dengan menambah baik sistem pengurusan lebuh raya sedia ada termasuk penggunaan teknologi terkini, selaras dengan Revolusi Industri 4.0. 

Beliau berkata demikian dalam Majlis Anugerah Industri Lebuh Raya LLM 2021. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini