Sektor pelancongan antara penyumbang utama kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang menyaksikan aktiviti berkaitannya menyumbang sebanyak 14 peratus kepada KDNK Malaysia dan 23.1 peratus guna tenaga negara pada 2020.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata inisiatif khusus turut diberikan bagi memperkasa usahawan sektor pelancongan yang turut membuahkan hasil apabila SME Bank meluluskan kemudahan PENJANA Tourism Fund (PTF) bernilai RM1.6 juta kepada usahawan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Jom Xcess SME Bank 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC). Sementara itu, pelanggan juga diberikan lanjutan moratorium selama 12 bulan bermula Oktober lepas sehingga September 2022 selain lanjutan tempoh pembiayaan asal sehingga 36 bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini