Sektor pelancongan tempatan diyakini bakal mendapat tumpuan dalam pembentangan Bajet 2022.

Ia berikutan pelbagai langkah kerajaan baru-baru ini bagi membangun semula industri yang terkesan akibat pendamik COVID-19.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman memaklumkan, ia antara perusahaan yang amat berpotensi serta mampu menjana semula ekonomi negara.

Beliau turut berharap agar perhatian dapat diberi secara sama rata dan tidak hanya tertumpu kepada lokasi dan aktiviti semata-mata.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini