Sektor pelancongan global mencatatkan kerugian AS$2 trilion (RM8.5 trilion) tahun ini ekoran penularan pandemik COVID-19. Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) berpangkalan di Madrid meramalkan sektor itu bakal berhadapan cabaran sukar untuk kembali pulih.

Perkembangan dari negara Eropah yang sedang bergelut semula dengan lonjakan jangkitan diburukkan lagi dengan varian baharu, Omicron bakal memperlahankan lagi pertumbuhan sektor itu.

Ketibaan pelancongan antarabangsa tahun ini akan kekal di bawah lingkungan 70 hingga 75 peratus. Bilangan itu lebih rendah daripada 1.5 bilion ketibaan yang direkodkan pada 2019 iaitu ketika sebelum di badai pandemik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini