Kerajaan Johor sedang berunding dengan Kementerian Sumber Manusia, bagi mencari jalan menambah bilangan pekerja sektor perhotelan yang terkesan selepas sempadan negara dibuka.
Ia susulan kadar penginapan hotel di lokasi-lokasi tumpuan pelancong meningkat sehingga 80 peratus.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri, K. Raven Kumar berkata, pihaknya juga sedang merangka kursus untuk melatih pekerja-pekerja baharu dalam sektor pelancongan.