Negeri Johor mencatatkan RM6.56 billion nilai keseluruhan pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh enam bulan pertama 2021. Dalam masa sama, sebanyak 7,860 peluang pekerjaan dapat disediakan kepada penduduk di Johor.

Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Datuk Izhar Ahmad berkata menerusi sektor perkhidmatan, 2.8 billion diterima dengan 51.76 juta diperoleh daripada pelaburan asing(FDI).
 
Tambah beliau, satu Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2030 diwujudkan yang dijangka siap menjelang hujung tahun ini dalam usaha memacu agenda pelaburan negeri berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini