Prospek sektor perkhidmatan umrah diunjur lebih baik tahun ini berdasarkan permintaan luar jangka yang diterima sejak perjalanan umrah dibenarkan semula Oktober tahun lalu.

Berdasarkan momentum ketika ini, pemain industri menjangkakan sektor berkenaan mampu pulih lebih pantas dengan jumlah jemaah diramal kembali semula ke paras sebelum pandemik. Keyakinan orang ramai untuk mengerjakan umrah turut meningkat didorong kadar vaksinasi tinggi serta kelonggaran prosedur operasi standard kerajaan Arab Saudi.

Pertumbuhan sektor perkhidmatan umrah yang lebih baik akan menghidupkan kembali operasi agensi dan pengendali pakej umrah yang terjejas teruk oleh pandemik. Orang ramai turut dinasihatkan agar menggunakan khidmat agensi pelancongan berlesen bagi menjamin urusan dan perjalanan umrah yang lancar dan selamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini