Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan yang menghadiri 191 Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara.

Beliau berkata sebagai parti yang mengutamakan agenda rakyat, UMNO akan terus menjadi wadah anak bangsa yang memayungi kesejahteraan serta kejayaan negara.

Menerusi perkongsiannya dalam laman Facebook, beliau mengajak semua perwakilan membulat tekad, agar parti itu sentiasa dipelihara dengan semangat menjunjung kepentingan rakyat, agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 8 Disember  lepas memutuskan untuk mengadakan mesyuarat empat peringkat UMNO iaitu Wanita, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri dan UMNO Bahagian pada 11, 12, dan 18 Disember di seluruh negara.

MKT UMNO juga memutuskan Perhimpunan Agung UMNO 2021 diadakan pada 13 hingga 15 Januari depan secara hibrid.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini