Penduduk di Hong Kong mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada restoran terapung Jumbo, selepas terpaksa ditutup ekoran kekurangan dana dan gagal mendapatkan pemilik baharu.

Menjadi salah sebuah mercu tanda ikonik di bandar berkenaan sejak 1970-an restoran berkenaan telah ditunda keluar dari pelabuhan Aberdeen ke lokasi yang tidak didedahkan.

Restoran yang menyajikan makanan laut itu, terpaksa ditutup operasinya pada Mac 2020 selepas berdepan dengan masalah kewangan ketika pandemic COVID-19.

Merupakan restoran terapung terbesar di dunia, restoran sepanjang 76 meter itu, dibina pada 1976 oleh seorang hartawan kasino, mendiang Stanley Ho dan mampu memuatkan lebih 2,300 pengunjung pada satu-satu masa.

Mempunyai reka bentuk mewah seperti istana empayar China, pembinaannya menalan belanja sebanyak RM16.8 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini