Selangor akan meneruskan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan dasar pengundi 18 yang membolehkan belia di negeri itu mengundi dan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Persiapan kini sedang dilaksanakan bagi merangka pindaan berkenaan selaras dengan kelulusan pindaan Perlembagaan Persekutuan, 15 Julai 2019.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, pindaan berkenaan akan dibuat pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bermula pada hujung bulan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini