Selangor bakal menerima peruntukan sebanyak RM1.756 billion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12  (RMKe-12) ,  tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia membabitkan pembangunan 10 projek sambungan di negeri itu.

Antaranya,  projek membina dan menaiktaraf Lingkaran Pulau Indah Fasa 3 yang melibatkan RM887 juta dan Projek Pembinaan Jalan Baharu di Serendah dengan peruntukan RM121 juta.

 turut dipertimbang bantuan bagi  memperkukuh sistem bekalan air di Selangor dan penyelenggaraan aset-aset kerajaan.

Datuk Seri Mustapa berkata demikian dalam sidang media Sesi Libat Urus Pasca RMKe-12 Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bersama kerajaan Negeri Selangor di Sepang, Selangor. 

Dalam RMKe-11, sebanyak RM12.3 billion telah diperuntukkan  untuk projek pembangunan di Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini