Kerajaan Selangor bercadang menjual baki dos bekalan vaksin program Vaksin Selangor (SelVax) Industri yang belum terjual.

Ia jika ada permintaan daripada negeri atau negara yang menghadapi kekurangan bekalan vaksin COVID-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun pihaknya akan melengkapkan permohonan rakyat yang ingin mendapatkan dos penggalak terlebih dahulu.

Sehingga 1 November lalu, baki dos vaksin yang diperuntukkan kepada SelVax Industri yang masih belum dijual adalah sebanyak 537,045 dos.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini