Selangor FC berada pada kelas tersendiri selepas membelasah Sarawak United 7-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ.

Lebih bermakna, kejayaan itu hadir ketika kapten pasukan, Brendan Gan kembali memperkuatkan pasukan selepas lebih setahun tidak beraksi. Pemain berusia 34 tahun itu tidak perlu menunggu lama untuk mencipta impak selepas jaringannya seawal minit ketujuh meletakkan Selangor satu gol di depan.

Selangor menambah dua lagi jaringan sebelum tamat babak pertama, hasil jaringan pemain import Hyuri Henrique dan Herlison Caion pada minit ke-23 dan ke-45. Amukan skuad The Red Giants diteruskan pada babak kedua menerusi gol Nor Hakim Hassan, sebelum Herlison Caion menambah dua lagi gol untuk mencatat hatrik.

Aliff Haiqal melengkapkan malam gemilang Selangor dengan gol ketujuh pasukan pada penghujung permainan. Tamat perlawanan, Selangor, 7; Sarawak United,0.

Selangor kini naik di kedudukan keenam Liga dengan 11 mata, sementara Sarawak United di kedudukan kedua tercorot, dengan 7 mata.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini