Juara Liga Super 2010, Selangor FC mengumumkan Mohd, Nidzam Jamil sebagai Penolong Ketua Jurulatih bagi membantu ketua jurulatih, Michael Feichtenbeiner menghadapi musim 2022.

Pasukan terkenal dengan gelaran ‘Red Giants’ itu turut mengekalkan khidmat pengendali dari Jerman sebelum ini, Karsten Neitzel yang turut diberi tugas yang sama.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon berharap latar belakang Nidzam sebagai bekas pemain dan jurulatih di samping falsafah bola sepak tinggi dimiliki Neitzel dapat membantu ‘Red Giants’ tampil lebih ampuh musim depan.

Selangor menamatkan Liga Super musim ini di tempat kelima serta tewas di peringkat suku akhir kepada KL City dalam saingan Piala Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini