19,911 aduan berhubung penghuni, pengurusan dan penyelenggaraan bangunan antaranya pangsapuri telah diterima bagi tahun 2020 oleh Pesuruhjaya Bangunan di seluruh negara tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

Daripada jumlah itu, 19,719 aduan telah diselesaikan Pesuruhjaya Bangunan dan baki 192 aduan masih dalam pelbagai peringkat penyelesaian. Jelas beliau, penguatkuasaan dan kawal selia bangunan berkenaan dilaksanakan oleh Pesuruhjaya Bangunan yang dilantik bagi sesuatu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

Selangor merupakan negeri tertinggi yang membuat aduan iaitu 9,307, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5,363) dan Johor (2,279). Datuk Seri Dr Ismail menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini