Kerajaan negeri Selangor akan membuat tuntutan ganti rugi kepada pemaju projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat; WCE Banting-Taiping. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ketika ini pihaknya sedang membuat penilaian terhadap kos pemulihan dan kerja-kerja pembaikan yang dijalankan Syarikat Bekalan Air Selangor; SYABAS. Sabtu lalu, tiga paip utama di tapak projek WCE pecah. Insiden itu mengakibatkan hampir 800 ribu pengguna di 65 kawasan sekitar Klang berdepan gangguan air.
Utama Edisi Semasa