Sebanyak 29 buah perkampungan Orang Asli di Selangor telah diwartakan Kerajaan Selangor.

EXCO Selangor, Hee Loy Sian berkata kesemua kampung itu selesai diwartakan mengikut peruntukan undang-undang negara dan negeri melibatkan keluasan 1,672. 67 hektar.

Secara keseluruhan, terdapat 75 perkampungan Orang Asli di Selangor. Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan daripada Elizabeth Wong (PH-Bukit Lanjan) berhubung jumlah serta keluasan perkampungan Orang Asli yang telah diwartakan setakat ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini