New Zealand akan mewajibkan vaksinasi terhadap ribuan pekerja yang mempunyai kontak rapat dengan pelanggan mereka, termasuk yang bekerja di restoran, bar, gimnasium dan salon.

Peraturan itu bermakna kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan pekerja perlu mendapatkan vaksinasi lengkap COVID-19 atau berisiko hilang pekerjaan.

Perdana Menteri Jacinda Ardern memberitahu, beliau percaya peraturan baharu itu adalah tidak melampaui batas kuasa kerajaan.

Guru dan profesional kesihatan merupakan golongan terawal diwajibkan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

New Zealand juga akan mewajibkan individu yang memasuki premis perniagaan menunjukkan pasport vaksin bagi membuktikan mereka telah lengkap divaksinasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini