Selepas Pendang, Baling turut mengalami banjir.
 
Susulan itu, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Baling menempatkan 181 penduduk terjejas banjir daripada 48 keluarga.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Kapten Pertahanan Awam Saifuddin Abdullah menerusi kenyataannya berkata, sehingga pagi tadi penduduk terjejas di daerah tersebut ditempatkan di PPS Titi Gantung dan PPS SK Bandar.
 
Mereka dipindahkan sejak pukul 5.45 petang semalam.
 
Manakala di Pendang, jumlah keluarga tidak berubah sejak semalam iaitu 36 keluarga melibatkan 140 penduduk.
 
Mereka ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah, Pendang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini