Suspek yang membunuh seorang wanita dengan menetak lehernya hingga putus di Kampung Dalam Senduk, Jerek di Gua Musang, petang semalam direman tujuh hari sehingga 22 Februari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pihaknya sedang menyiasat motif pembunuhan wanita berkenaan.

Katanya, suspek berusia 39 tahun itu didapati kurang siuman dan di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

Dia ditahan selepas menyerah diri di balai polis Bertam sejurus kejadian .
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 
Semalam  seorang wanita berusia 54 tahun ditemukan mati dengan dengan leher putus dipercayai dibunuh  anak tirinya menggunakan parang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini