Tindakan penutupan operasi dan penggantungan lesen bakal dikenakan kepada pengusaha stesen minyak yang terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak bersubsidi.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, menerusi beberapa siri operasi dijalankan, KPDNHEP telah mengesan beberapa pihak termasuk pengusaha stesen minyak, yang dipercayai bersubahat dalam kegiatan penyelewengan tersebut.

Berdasarkan statistik, terdapat peningkatan kes melibatkan rampasan ke atas bahan petroleum iaitu 54 kes telah direkodkan berkaitan petrol RON 95 berbanding 49 kes dalam tempoh sama tahun lalu. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini