Semakan semula tarif air kini berada pada peringkat akhir.

Hasil perbincangan dengan operator-operator air negeri akan dibentangkan di Parlimen.

Menurut Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman, proses berkenaan dilakukan bagi mencari keputusan ‘menang-menang’ antara operator dan pengguna.

Penyemakan semula tarif air sememangnya menjadi tuntutan pihak operator di seluruh negara memandangkan permintaan bekalan air dan kos pengoperasian semakin meningkat.

Selain itu, isu Air Tidak Terhasil juga akan ditangani.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Penanaman Bakau sempena Hari Alam Sekitar Sedunia di Kilim Karst Geoforest Park, Langkawi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini