Inisiatif Semarak Niaga Keluarga Malaysia dirangka secara holistik bertujuan membantu perniagaan bangkit semula membina daya saing. 

Menariknya, selain pembiayaan konvesional, solusi pembiayaan inovatif turut diperkenal menerusi model pelaburan ekuiti.  

Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, langkah tersebut dapat membantu PMKS yang menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan atas faktor keberhutangan yang tinggi.  


Melibatkan peruntukan RM40 bilion, Semarak Niaga Keluarga Malaysia menawarkan kemudahan pembiayaan, moratorium dan suntikan modal kepada perniagaan tanpa mengira saiz operasi, dari usahawan mikro hingga ke entiti tersenarai bursa. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini