Menurut laman sesawang People, sebuah syarikat IT iaitu Ferray Corporation di Tokyo, Jepun membela sembilan ekor kucing pada 2017 untuk meningkatkan produktiviti pekerja. Inisiaatif itu juga memberi peluang kepada mereka yang tidak boleh pelihara kucing untuk bermain dengan haiwan manja berkenaan ketika di pejabat.

Seperti yang kita semua tahu juga, ada kajian yang mendapati bermain dengan kucing juga boleh bantu kita untuk hilangkan stres. Komunikasi antara pekerja di pejabat itu juga dilaporkan semakin baik dan pekerja tidak merungut stress sejak kedatangan kucing-kucing berkenaan.

dalam usaha untuk memastikaan si comel selesa tinggal di pejabat, permainan, makanan dan tempat khas untuk membuang turut disediakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini