Sembilan daripada 10 mangsa culik di perairan Tambisan Lahad Datu pada Selasa lepas telah dibebaskan oleh penculik.Mereka kini berada dalam kawalan pihak keselamatan di Selatan Filipina.Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah mengesahkan perkara berkenaan dan perbincangan lanjut bersama pihak berkuasa Filipina sedang dijalankan kerana mangsa yang diculik tidak mempunyai dokumen.Datuk Omar berkata nasib seorang mangsa lagi masih belum diketahui.Mengulas laporan akhbar tempatan yang menyatakan bahawa mangsa yang diculik bukan Bajau Laut, Pesuruhjaya Polis Sabah berkata pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini