Konflik China – Taiwan.

Kementerian Pertahanan Taiwan mendedahkan, sembilan pesawat China dikesan menceroboh Zon Pengenalan Pertahanan Udara Taiwan,ADIZ.

Dua daripada pesawat berkenaan dipercayai pesawat pengembom H-6 yang mampu membawa senjata nuklear milik Tentera Pembebasan Rakyat China.

Pesawat pengebom H-6 itu dilaporkan terbang ke sempadan Filipina-Taiwan, menyeberangi Selat Bashi sebelum kembali ke China.

Sementara pesawat lain dikesan terbang berdekatan Kepulauan Pratas di bawah pentadbiran Taiwan.

Ketegangan melibatkan kedua-dua negara semakin memuncak selepas Beijing dilihat kerap melakukan provokasi menakut-nakutkan Taiwan dengan penerbangan ketenteraan.

China mendakwa Taiwan sebagai wilayah takluknya dan enggan berunding mengenai kemerdekaan pulau itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini