Sembilan sekeluarga di Dungun, Terengganu dikejarkan ke hospital akibat keracunan selepas memakan cendawan goreng dipercayai beracun.
 
Dalam kejadian Isnin lalu, pasangan suami isteri bersama tujuh anaknya berumur antara 3 hingga 14 tahun rebah dengan mulut berbuih dan berdarah selepas sejam memakan cendawan berkenaan.

Ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Nyior, Paka, Nurul Musfirah Ghazali, 32 tahun berkata, sebelum kejadian dia tidak menyedari cendawan yang tumbuh sekitar rumahnya adalah spesis cendawan beracun. 
 
Menurut Nurul Musfirah, mereka sekeluarga menikmati juadah cendawan itu kecuali anak bongsu berusia setahun sebelum kesemuanya mengalami muntah-muntah.
 
Kesemua mereka telah dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut dan dibenarkan pulang tiga hari kemudian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini