Sembilan sekeluarga di Terengganu mengalami keracunan makanan selepas memakan cendawan busut goreng, Isnin lalu.

Kesemua mereka yang menetap di Kampung Nyiur, Paka, Dungun itu juga terpaksa dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan.

Nurul Musfirah Ghazali, 32, dan suami serta tujuh daripada lapan anak mereka yang berusia empat hingga 13 tahun mengalami muntah-muntah sebelum sebahagian daripada mereka rebah tidak sampai sejam menikmati cendawan busut goreng sebagai hidangan tengah hari.

Nurul Musfirah berkata, sebelum kejadian, dia mengutip cendawan busut itu yang tumbuh berhampiran dari rumahnya.

Jelasnya, pegawai kesihatan yang mengambil sampel cendawan terbabit memberitahu kemungkinan keracunan dialami merkea disebabkan tumbuhan terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini