Sembilan terbunuh selepas sebuah pesawat peribadi terhempas di lapangan terbang Las Americas di ibu negara Republik Dominican, Santo Domingo.

Pemilik pesawat, Helidosa memaklumkan, kesemua anak kapal dan penumpang termasuk penerbit muzik, Jose Angel Hernandez, pasangan dan anaknya terkorban.

Pesawat Gulfstream terbabit terhempas ketika cuba melakukan pendaratan kecemasan susulan mengalami kerosakan.

Pesawat dalam perjalanan menuju ke Florida.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini