Sembilan maut dalam nahas melibatkan sebuah lori dan bas di wilayah O’Higgins, Chile.

Media tempatan melaporkan, lapan daripada 11 penumpang bas mini tersebut maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggalkan dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital.

Turut maut dalam insiden tersebut adalah pemandu bas terbabit.

Menurut pihak berkuasa, bas mini terbabit membawa pekerja pertanian dan sedang dalam perjalanan menuju ke ladang di barat wilayah itu.

Wakil Presiden, Ricardo Guzman menyifatkan insiden tersebut sebagai salah satu kecelakaan terbesar negara itu.

Arahan telah dikeluarkan bagi menyiasat punca sebenar insiden berdarah itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini