Peka dengan isu keislaman semasa, Universiti Teknologi Malaysia mengadakan ‘Seminar Islam dan Hubungan Pelbagai Budaya’.

Ia bertujuan memberikan gambaran sebenar Islam dalam menyemai hubungan pelbagai kaum serta membincangkan peranan bersama dalam pembentukan masa depan yang berdaya maju.

Penganjuran melibatkan Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS) UTM serta Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor

Barisan panel pula adalah Prof. Dr. Tatiana Denisova dari RZS-CASIS Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr Mohd Zaidi Ismail dan Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Dr Murni Wan Mohd Nor.

Manakala Pengarah CASIS,  Khalif Muammar Harris bertindak selaku moderator. Turut berangkat, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang juga merupakan Canselor UTM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini