Sempadan antarabangsa Australia dibuka hari ini. Individu yang lengkap vaksinansi turut dibenar mengembara. Negara berkenaan juga mula menerima pelancong asing.

Pada 20 Mac tahun lalu, Australia melaksanakan penutupan sempadan, iaitu antara yang paling ketat di dunia. Sepanjang tempoh itu, warga Australia dilarang melancong ke luar negara tanpa kebenaran, kecuali yang diberi pengecualian.

Namun, dengan kadar vaksinasi mencapai 80 peratus, Australia kini membenarkan perjalanan antarabangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini