Pembukaan semula sempadan negara akan dilakukan secara berperingkat dan berhati-hati.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah teliti perlu diambil bagi memastikan setiap perancangan ke arah era endemik berjalan lancar.

Beliau yang juga Pengerusi Mesyuarat Kuartet COVID-19 mahu setiap langkah yang diambil kerajaan difahami semua pihak agar usaha membendung penularan COVID-19 tidak terjejas.

Beliau bercakap dalam sidang media di Parlimen.

Baru-baru ini, Malaysia dan  Singapura  mengumumkan bakal melancarkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat.

Manakala VTL udara antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Changi, Singapura  akan bermula 29 November ini.

Malah, Indonesia turut senada untuk memperhalusi VTL antara Kuala Lumpur-Jakarta dan Kuala Lumpur-Bali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini