Bank pusat dan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beroperasi  seperti biasa, esok.

Pengumuman tersebut dibuat Bank Negara Malaysia (BNM).

Urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter juga akan terus beroperasi.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengisytiharkan esok sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan bagi meraikan kemenangan KL City FC pada Piala Malaysia buat kali pertama sejak 32 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini