Kesemua 28 calon PARTI  Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding pada PRU DUN Melaka bersepakat menandatangani “Aku Janji Khas” malam tadi.

Aku janji tersebut bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan bersih, adil dan bebas rasuah sekiranya mereka terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Antara yang terkandung dalam dokumen aku janji berkenaan ialah mematuhi sepenuhnya undang-undang seperti yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).

Selain itu, calon juga perlu menolak sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Calon juga tidak boleh melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Calon juga perlu melaporkan kepada SPRM dengan segera, sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang melibatkan diri calon atau kakitangan dibawah seliaannya.

Majlis menandatangani “Aku Janji Khas” itu berlangsung di Bilik Gerakan PN, Tanjung Minyak sambil disaksikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.’

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini