Kerajaan dan semua pihak tanpa mengira fahaman politik perlu berusaha merencana pelan jangka panjang bagi membawa negara kembali ke persada kejayaan dalam era pasca pandemik.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pengurusan negara memerlukan suatu rencana yang bitara, mencakupi pelbagai sektor dan aspek kehidupan.

Pada masa sama, rakyat berperanan mendokong usaha murni kerajaan di samping terus berusaha untuk mendepani sebarang cabaran.

Pemulihan negara memerlukan simbiosis yang erat antara kerajaan dengan rakyat.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.

Seramai 1,021 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini