Semua syarikat penerbangan di negara ini, perlu segera menurunkan harga tambang penerbangan, tanpa perlu melibatkan campur tangan kerajaan secara berlebihan.

Kementerian Pengangkutan menyifatkan harga tambang yang dikenakan syarikat penerbangan khususnya ke Sarawak ketika ini amat membebankan pengguna.

Kenyataan Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyebut, kementerian telah mengadakan mesyuarat dengan Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo, bagi membincangkan mengenai keperluan menurunkan harga tambang penerbangan bagi membolehkan penumpang menikmati kadar harga rendah menjelang akhir tahun ini.

Sejurus pertemuan itu, Malaysia Airlines telah berjanji untuk menambah penerbangan ke Sarawak dan mengurangkan harga tambang ke Sarawak pada Disember, sekali gus berupaya mengurangkan kadar tambang ke negeri tersebut.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, MAVCOM dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga bersedia untuk meluluskan lebih banyak kekerapan penerbangan,.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pemain industri agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikan harga tambang bagi menampung kerugian yang dialami sebelum ini.

Di peringkat negeri Sarawak pula, beliau berkata kementerian telah mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan dan beberapa kerajaan negeri termasuk Sarawak, bagi mencari penyelesaian isu tersebut, dengan mengambil kira usaha berterusan dalam membendung penularan COVID-19 di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini