Senarai akhir barisan atlet yang akan menyertai program latihan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) hanya akan dimuktamadkan pada 24 Januari ini. Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin berkata, tarikh tersebut dipilih berikutan Persekutuan Karate Do Malaysia (MAKAF) belum memutuskan senarai 28 atletnya termasuk barisan pelapis yang perlu diserap dalam program latihan tahun ini.

Tambahnya, keputusan yang akan diumumkan pada 24 Januari itu merupakan konsensus daripada pihak terlibat dalam mesyuarat itu nanti termasuk dari Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Sebelum ini, Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata peruntukan yang terhad telah memaksa badan induk sukan itu mengurangkan jumlah atlet dalam program latihannya.

Sebanyak 248 kekosongan bagi atlet normal disediakan pada tahun ini berbanding 432 tempat tahun lepas.

Manakala 45 tempat pula ditawarkan untuk atlet para berbanding 114 tempat tahun lepas. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini