Senarai sekolah yang masih belum dibuka susulan terkesan akibat banjir akan dikemas kini setiap Rabu.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, ini bagi membolehkan sekolah terlibat memulakan pengoperasian bagi minggu seterusnya jika sudah bersedia.

Datuk Dr. Radzi menjelaskan apabila sekolah berkenaan keluar daripada senarai, maknanya pada Ahad atau Isnin, iaitu minggu seterusnya, ia boleh dibuka bergantung sama ada mereka berada dalam kumpulan A atau B.

Namun pada masa sama katanya, keadaan dan situasi banjir amat dinamik.

Ini di mana apabila sesebuah sekolah itu boleh dibuka dan tiba-tiba berlaku banjir, maka sekolah secara automatik akan ditutup.

Sehubungan itu tindakan awal akan diambil khususnya untuk maklumkan pada ibu bapa berhubung penutupan sekolah berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini