21 anggota Senoi Praaq dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak selamat tiba di Gua Musang, Kelantan.

Ia bagi membantu anggota penguat kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam Ops Harimau.

Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anggota Senoi Praaq itu akan bertugas di Pos Bihai dan Pos Balar selama tiga minggu bagi menjaga keselamatan petugas Perhilitan dalam operasi memburu harimau  belang yang masih bebas berkeliaran. Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat kepada anggota Senoi Praaq di Rancangan Pengumpulan Semula,Kuala Betis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini