Sentimen perniagaan dijangka bertambah baik bagi enam bulan akan datang.

Petunjuk keyakinan perniagaan itu berikutan kelonggaran sekatan ekonomi sejak pertengahan Oktober lepas.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin menyatakan, peniaga semakin yakin menjelang suku tahun keempat 2021.

Buktinya, mereka merekodkan petunjuk keyakinan -0.3 peratus berbanding -21.3 peratus suku tahun sebelumnya.

Datuk Seri Uzir melalui kenyataan turut menjelaskan semua sektor menjangkakan prospek perniagaan yang lebih baik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini