Istiadat pertabalan yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah bukan sekadar lakaran sejarah baru buat negara,tetapi juga kenangan buat pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim.Ini kerana,busana Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akhirnya disarung sebagai persalinan rasmi Raja Permaisuri Agong ke 16.Menurutnya, dia dipertanggungjawabkan membuat rekaan dan menjahit enam persalinan milik Tunku Azizah termasuk busana daripada fabrik tenun Pahang yang diilhamkan baginda sendiri.Tambahnya,persiapan menyiapkan enam persalinan tersebut mengambil masa kira-kira sebulan bagi sehelai pakaian.
Datuk Rizalman turut dipertanggungjawabkan menyiapkan 12 persalinan untuk anakanda-anakanda Tunku Azizah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini